KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup. “Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu. Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat. “Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA KOMENTAR TUKAR TIUB Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku. Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.Sumber : SINI Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Isnin, 24 Oktober 2016
penjajahan british
Pada awalnya, Syarikat India Timur (British East India Company) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Hal ini kerana Syarikat India Timur adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, Syarikat India Timur berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu. Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada Syarikat. Syarikat melihat India dan China sebagai kawasan perdagangan yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu.
Pembaharuan Piagam Syarikat (Charter) oleh Parlimen Britain dalam tahun 1834 menamatkan monopoli Syarikat India Timur ke atas perdagangan candu dan lain-lain barangan dengan China. Syarikat India Timur kini terpaksa bersaing dengan lain-lain lain-lain pedagang British dan juga pedagang-pedagang dari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dari Timur Jauh ke pasaran Eropah. Persaingan ini mengurangkan untung Syarikat India Timur. Dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan Syarikat India Timur kepada penguasaan Pejabat Kolonial di London. Dengan ini, Gabenor dan pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga kepentingan Syarikat India Timur di Calcutta tetapi menjaga kepentingan kerajaan British, khususnya Pejabat Kolonial di London.
Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam bulan November 1873 oleh Setiausaha di Pejabat Kolonial, Lord Kimberley (John Wodehouse) untuk menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sir Andrew diarahkan oleh Lord Kimberley untuk mengkaji kemungkinan melantik penasihat-penasihat British di negeri-negeri Melayu dan mengikhtiarkan supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikembalikan ke negeri-negeri Melayu.
(“see whether any steps can be taken to promote the restoration of peace and order to secure protection to trade and commerce” dan “whether it would be advisable to appoint a British officer to reside in any of the states”).
|
Arahan Sir Andrew dikukuhkan lagi apabila Benjamin Disraeli menjadi Perdana Menteri. Disraeli melihat Britain mestilah menunjukkan prestijnya sebagai kuasa terkuat di dunia dan perlu menguatkan penjajahannya di seluruh pelosok dunia.Disraeli berpegang kepada prinsip beban orang putih (white man’s burden) bahawa Britain wajib membantu membawa tamadun dan peradaban British kepada bahagian-bahagian dunia yang lebih mundur. Disraeli juga risaukan kuasa-kuasa asing yang lain bertapak di Tanah Melayu. Peluang Sir Andrew terbentang luas apabila Raja Abdullah menulis surat meminta bantuan British untuk menabalkan dirinya sebagai Sultan Perak.
Syarikat India Timur dibubarkan secara rasminya pada 1 Januari 1874. Dengan itu, semua perihal penjagaan hal ehwal dan kepentingan British berpindah kepada tanggungjawab oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat. Jikalau Syarikat India Timur sebelumnya enggan bertindak mencampuri hal ehwal Negeri-Negeri Melayu, kerajaan Negeri-Negeri Selat lebih mementingkan penjagaan kepentingan British di Tanah Melayu, khususnya untuk menyekat pengaruh kuasa barat lain seperti Perancis (bertapak dan berkembang di Indo-China) dan Empayar Jerman (merintis mewujudkan kehadiran di Pahang dan Langkawi).
2.0 FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN BRITISH KE ATAS NEGARA INI
Pada akhir abad ke-19, British telah berusaha untuk campur tangan secara langsung di negeri-negeri Melayu. British menggunakan pelbagai alasan untuk campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Antaranya ialah pertelingkahan takhta dalam kerajaan Melayu serta menjaga keselamatan akibat pergaduhan kongsi gelap Cina. Setelah berjaya menguasai kerajaan-kerajaan negeri Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai dasar yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pengenalan Sistem Residen merupakan langkah yang telah digunakan oleh British untuk menstabilkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh perang saudara telah berlaku di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Perkembangan tersebut menyebabkan para pemodal Eropah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan untuk memulihkan keamanan supaya kegiatan perdagangan tidak terjejas. Contohnya, Perak mengalami masalah perebutan kuasa apabila Raja Ali telah dilantik menjadi sultan setelah kemangkatan Sultan Jaffar pada tahun 1865. Perebutan kuasa semakin rumit selepas kemangkatan Raja Ali apabila tiga orang putera menuntut takhta, iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yussof. Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain telah menyebabkan Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke supaya terlibat secara langsung untuk menyelesaikan pertikaian raja-raja Melayu.
Di samping itu, masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dengan Gee Hin turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak sering terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk. Malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan peralatan perlombongan. Peperangan penting yang berlaku antara kedua-dua puak adalah pada tahun 1861, 1865 dan 1872. Perang yang meletus pada tahun 1861 disebabkan tindakan Hai San menyekat aliran anak Sungai Perak yang digunakan oleh Gee Hin untuk mengangkut bijih timah. Peperangan tersebut mengganggu kedudukan perdagangan British. British melalui Kapten Speedy telah mendamaikan kedua-dua puak dengan mengiktiraf Hai San sebagai pengusaha lombong bijih timah di Larut pada tahun 1873. British ingin menguasai sumber mineral yang bernilai yang terdapat di Tanah Melayu untuk pasaran antarabangsa.
Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan mentah begitu tinggi untuk menampung pengeluaran yang semakin meningkat. Britain amat memerlukan bahan mentah, terutama bijih timah dan getah. Oleh yang demikian, British di Tanah Melayu telah menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut. Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mineral tersebut dieksploitasi oleh British. British menyedari sekiranya Tanah Melayu tidak dikuasai dan jatuh ke tangan pihak Barat lain, mereka akan rugi. Selain itu, terdapat desakan daripada para pedagang British yang menginginkan supaya monopoli terhadap perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dikuasai oleh British. British telah berjaya meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan perindustrian mengetin makanan.
Campur tangan British secara langsung di Tanah Melayu didorong oleh perubahan terhadap politik antarabangsa, iaitu persaingan antara negara Barat untuk meluaskan wilayah. Oleh yang demikian, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara, contohnya Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China dan Sepanyol di Filipina. Tambahan pula, Jerman sedang berusaha untuk mencari pengaruhnya di Tanah Melayu sekitar tahun 1871. Keadaan ini telah menguatkan desakan para saudagar British supaya mendesak Kerajaan Britain campur tangan di Tanah Melayu.
Perubahan politik di Britain telah mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. Pada tahun 1874, Parti Konservatif telah berjaya menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan terhadap dasar luarnya. Dasar pentadbiran di Tanah Melayu turut mengalami perubahan. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar agresif terhadap penguasaan Tanah Melayu. Oleh yang demikian, British telah memperkenalkan pelbagai cara untuk mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu seperti Sistem Residen.
Di samping itu, pihak British telah membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan antara timur dengan barat semakin cepat dan singkat, contohnya pembukaan Terusan Suez mampu memendekkan jarak perjalanan. Selain itu, penciptaan kapal wap turut menyumbang kepada penguasaan British terhadap Tanah Melayu. Barang dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke negara asal. Dengan ini, mereka seharusnya menguasai Tanah Melayu sepenuhnya melalui dasar campur tangan secara langsung. Pihak British yang berada di Tanah Melayu mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan secara langsung yang turut didorong oleh pelbagai sekatan oleh negeri-negeri Melayu. Misalnya, para saudagar British tidak dibenarkan memonopoli perdagangan bijih timah. Cukai yang dikenakan terhadap saudagar British terlalu tinggi.
Kesimpulannya, pihak Inggeris datang ke Tanah Melayu untuk menjalankan urusan perdagangan. Oleh sebab Tanah Melayu adalah laluan perdagangan yang baik dan strategik serta mempunyai potensi ekonomi untuk berkembang, maka pihak Inggeris telah memutuskan untuk menduduki dan menguasainya. Apa yang jelas proses imperialisme British telah mendorong penglibatan Inggeris secara langsung di Negeri-negeri Melayu. Campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara. Malahan pihak British telah berjaya menguasai ekonomi tempatan. Apabila British mula campur tangan di Tanah Melayu maka bermulalah era penjajahan British ke atas Tanah Melayu.
3.0 KESAN-KESAN PENJAJAHAN BRITISH KEPADA NEGARA INI.
Kuasa Inggeris mempunyai tanah jajahan yang terbesar di dunia. Tanah Melayu merupakan salah sebuah negara bekas jajahan Inggeris. Demi kepentingan ekonomi, pihak Inggeris akhirnya campur tangan di Tanah Melayu. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu didorong oleh banyak faktor sama ada faktor dalaman atau faktor luaran. Walau apapun faktor yang mendorong penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, penjajahan ini sememangnya memberi kesan yang sangat mendalam ke atas Tanah Melayu sama ada dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial masyarakat di Tanah Melayu sehinggalah sekarang.
3.1 POLITIK
Kesan yang paling ketara akibat penguasaan Inggeris di Tanah Melayu ialah dari segi politik. Sebelum campur tangan Inggeris di Tanah Melayu, sultan berkuasa mutlak untuk memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara dan para pembesar berkuasa untuk memungut cukai daripada rakyat. Tetapi setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa-kuasa raja dan sultan telah terjejas. Kuasa raja menjadi terhad dan raja hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat Melayu dan hal-hal keagamaan sahaja. Hal ini adalah ekoran daripada sistem corak pentadbiran baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Inggeris iaitu Sistem Residen. Sistem Residen ini telah diperkenalkan oleh Inggeris di Perak pada tahun 1874 berikutan dengan Perjanjian Pangkor. Sistem ini kemudiannya diperkenalkan pula di Selangor pada tahun 1875, di Pahang 1888 dan Negeri Sembilan 1889. Sistem Residen ini adalah satu bentuk pentadbiran Inggeris yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan tidak langsung di negeri-negeri Melayu.
Oleh yang demikian, Sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris yang dilantik bagi setiap negeri untuk menasihatinya dalam semua urusan pentabiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan adat istiadat dan hukum hakam agama Islam. Kuasa pentadbiran negeri sebenarnya terletak di tangan residen Inggeris tetapi mereka bertindak di atas nama sultan-sultan Melayu. Hal ini kerana, nasihat-nasihat yang diberikan oleh residen Inggeris hendaklah diterima oleh sultan-sultan Melayu contohnya sistem residen yang diperkenalkan di Selangor iaitu ia adalah disebabkan oleh kegiatan lanun dan rompakan yang sering berlaku disepanjang pantai negeri Selangor. Pada masa tersebut Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat telah mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam hal pentadbiran di Selangor berikutan satu rompakan di Kuala Labu iaitu kira-kira 30 batu dari Langat.
Akibat peristiwa yang berlaku itu, Clarke telah pergi ke Selangor pada bulan Ogos 1874 dan mengadakan rundingan bersama Sultan Abdul Samad. Menerusi rundingan itu, Clarke telah meninggalkan seorang pegawainya iaitu Frank Swettenham bersama 20 orang sepoi untuk menjaga Sultan. Kebolehan yang dimiliki oleh Swettenham telah menarik perhatian Sultan dan menyuruh Clarke melantiknya menjadi penasihat Sultan serta Sultan turut menawarkan supaya negeri Selangor diletakkan dibawah naungan British. Pada Disember 1874, Clarke telah memberi cadangan untuk melantik Swettenham sebagai Residen Selangor tetapi cadangan itu tidak dipersetujui dan kemudiannya Gabenor telah melantik J.G Dawidson sebagai Residen British pertama di Selangor.
3.2 EKONOMI
Kesan yang kedua ialah kesan terhadap ekonomi. Perluasan kuasa Inggeris telah menyebabkan berlakunya perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan Inggeris, masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan apabila berlakunya perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersil pula diperkenalkan. Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan hasil secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Sistem ekonomi ini bermula pada abad ke-19 dan 20 terutamanya selepas kemasukan Inggeris. Hal ini kerana Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport seterusnya mendorong pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi. Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agak merugikan. Melalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang ramai. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan pembukaan bandar-bandar baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi. Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih telah membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi diseimbangkan oleh kewujudan system pengangkutan darat.
Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai kuasa ke atas tanah jajahan dan juga adat Melayu. Hal ini kerana Inggeris telah menghapuskan beberapa amalan dalam adat Melayu. Contohnya seperti menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para pembesar. Sistem hamba abdi juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi menjalankan serta meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka kepada Sultan atau pembesar.
Dalam sistem ekonomi komersil juga , Inggeris telah menghapuskan amalan pungutan cukai yang dilakukan oleh Sultan dan pembesar. Ianya terbukti apabila penyusunan sistem kutipan cukai dilakukan oleh J.W.W Birch di mana pembesar dilarang untuk memungut cukai dan segala sistem pungutan cukai perlu dipusatkan di bawah kelolaannya. Tindakan J.W.W Birch telah menyebabkan pembesar kehilangan kuasa dan pendapatan yang mereka perolehi daripada hasil cukai yang dipungut terjejas dan ini telah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan adat istiadat Melayu. Pada pertengahan April 1874, Birch telah membuat lawatan ke Bidor dan Birch telah membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar yang merupakan sepupu Sultan Ismail kerana didapati telah mengutip cukai daripada pelombong di situ.
3.3 SOSIAL
Selain itu, kesan sosial campur tangan British di Tanah Melayu ialah kemasukan orang Cina dan orang India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Kemasukan orang Cina dan orang India telah menimbulkan pelbagai masalah di Tanah Melayu. Antara masalah yang timbul ialah masalah jenayah yang berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San dan Ghee Hin.
Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah aktiviti pelacuran yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat aktiviti membawa wanita-wanita Cina dari negara China untuk dijadikan pelacur. Walaupun aktiviti tersebut hanya melibatkan orang Cina, tetapi sering menimbulkan keadaan tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan. Hal ini telah menyebabkan kemantapan politik terganggu. British telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan pergaduhan tersebut. Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah perekonomian semakin meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Orang Cina dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah kerana kemahiran dalam aktiviti tersebut. Manakala orang India merupakan buruh yang mahir dalam perladangan getah. Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang dengan pesat. Contohnya, orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini telah meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu.
Kesan sosial seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong dan ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Seiring dengan kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan.
Di samping itu, kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah meningkatkan kemajuan Tanah Melayu secara keseluruhannya. Orang Cina dan orang India banyak menetap di kawasan pantai barat Tanah Melayu. Malahan orang Cina dan India lebih banyak menetap di Pulau Pinang dan Singapura. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua buah negeri tersebut berkembang dengan pesat. Contohnya, Singapura telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot.
3.4 KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK
Selain itu, perluasan Inggeris juga telah menyebabkan berlakunya kewujudan masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum . Terdapat 3 kaum utama di Tanah Melayu iaitu Bumiputera atau Melayu, Cina dan India. Kewujudan masyarakat majmuk dapat dibahagikan kepada aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik masyarakat majmuk dikuasai oleh suatu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri. Kewujudan masyarakat majmuk ini adalah disebabkan oleh dasar terbuka Inggeris terhadap kemasukan buruh asing bagi memenuhi kepentingan mereka. Dari aspek ekonomi, kewujudan masyarakat majmuk adalah bagi memenuhi tenaga buruh yang diperlukan oleh pihak British dalam ekonomi perlombongan dan perladangan iaitu buruh Cina ditempatkan di kawasan perlombongan manakala buruh-buruh India pula bekerja di estet-estet atau di ladang-ladang. Dalai aspek sosial pula, kewujudan masyarakat majmuk adalah bagi meraih keuntungan ekonomi pihak Inggeris iaitu apabila semakin ramai buruh-buruh asing datang ke Tanah Melayu, pengeluaran ekonomi Tanah Melayu akan bertambah dan ini meningkatkan keuntungan para penjajah yang sememangnya ingin meraih keuntungan di Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk ini wujud akibat daripada kemasukan imigran pada pertengahan abad ke-19 dan telah melahirkan satu masyarakat majmuk, organisasi sosial dan budaya yang berbeza. Kewujudan masyarakat majmuk juga berlaku ketika perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkembang pesat dan telah menyebabkan Inggeris membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bagi menambah tenaga buruh di lombong. Buruh India juga digunakan dalam perusahaan getah serta projek-projek pembangunan seperti jalan raya dan keretapi.
Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi pelbagai. Hal ini berlaku kerana mereka hidup secara individualistik serta hidup dengan cara kehidupan yang berbeza-beza samada dari segi agama, kepercayaan, kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan ekonomi dan petempatan. Ia juga berlaku akibat daripada dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris iaitu dasar ‘Pecah’ dan ‘Perintah’ yang bermaksud pengasingan masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat daripada orang Melayu yang hidup di kawasan luar bandar seperti kampung dan desa. Mereka juga masih mengamalkan sistem ekonomi sara diri seperti nelayan, kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan pegawai-pegawai rendah. Manakala orang Cina tertumpu di kawasan bandar dan menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Orang India pula tinggal di kawasan-kawasan estet dan ladang getah bagi menjalankan kegiatan perladangan.
Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu. Mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan hidup di negara asal mereka. Malahan British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosio-ekonomi di Tanah Melayu.
Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita. Kehidupan mereka bercorak berasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka. Orang India pula tinggal di kawasan ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai.
3.5 PENDIDIKAN
Perubahan sosial yang dibuat oleh Inggeris ialah perubahan dalam sistem pendidikan. Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pendidikan di Tanah Melayu bersifat tidak formal iaitu hanya terhad kepada pengajian Al-Quran dan keagamaan. Namun selepas kedatangan Inggeris, terutamanya pada pertengahan abad ke-19 , sistem pendidikan di Tanah Melayu telah banyak berlaku perubahan dan ianya lebih bersifat perkauman atau vernakular kerana Inggeris tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dengan pendidikan guru dan ini membawa kepada perbezaan sukatan pelajaran antara kaum. Masyarakat Melayu tidak mendapat pendidikan akademik yang sempurna seperti mana kaum-kaum lain dan mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.
Terdapat 4 jenis sekolah di Tanah Melayu iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Di sekolah Melayu , terdapat 2 bentuk persekolahan iaitu sekolah berbentuk keagamaan dan sekular. Sekolah berbentuk keagamaan telah lama wujud sebelum kedatangan Inggeris. Sekolah ini mengajar tentang hal keagamaan dan mengaji. Sekolah ini juga kurang mendapat tumpuan daripada pihak Inggeris kerana pihak Inggeris mahu mengekalkan kestabilan dan memastikan kaum Melayu terus tinggal di kampung sebagai petani. Manakala sekolah Melayu yang bersifat sekular pula diperkenalkan oleh Inggeris melalui mubaligh Kristian. Sekolah ini kurang mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana mereka takut terpengaruh dengan agama Kristian oleh mubaligh.
Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan sistem persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah berkembang dengan pesat. Orang Cina dan orang India membuka sekolah masing-masing. Mereka menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak wujud sama sekali.
Sistem pendidikan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua berkembang mengikut haluan masing-masing. Sekolah-sekolah dibina mengikut kepentingan setiap kaum. Hal ini turut mempengaruhi keseimbangan peluang dalam kalangan kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Sekolah vernakular India, Cina, Melayu dan Inggeris berkembang tanpa adanya keseragaman. Keadaan ini telah menyebabkan wujud perbezaan ras yang amat ketara sehingga menghalang perpaduan kaum di Tanah Melayu. Justeru, selepas Tanah Melayu merdeka, sistem pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum telah diwujudkan. Sistem pendidikan tersebut memberikan peluang kepada kanak-kanak daripada semua kaum untuk menikmati pendidikan.
Kerajaan colonial British juga membuka sekolah-sekolah untuk melatih anak-anak tempatan bagi pengisian jawatan-jawatan perkeranian di dalam sektor awam dan swasta. Sekolah-sekolah seperti Sekolah King Edward VII Taiping dibuka untuk memberikan pendidikan untuk membolehkan rakyat tempatan memegang jawatan-jawatan rendah di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, tetapi tidak mementingkan pelajaran di peringkat tertinggi. Maktab Melayu Kuala Kangsar dibuka untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu mendapat latihan untuk memegang jawatan-jawatan peringkat pertengahan dalam perkhidmatan kerajaan kolonial British.
Kesimpulannya ialah sistem pendidikan yang diperkenalkan sebaik-baik sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga 1961 bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Dalam usaha membentuk sistem pendidikan kebangsaan, pandangan daripada semua kaum diambil kira melalui rundingan antara kaum. Melalui sistem pendidikan telah memberikan peluang kepada semua kaum untuk mendapatkan pendidikan yang seimbang. Malahan kerajaan telah memberikan bantuan kewangan kepada semua sekolah. Penyelarasan sistem pendidikan Tanah Melayu telah membantu mewujudkan perpaduan kaum. Hal ini jelas terbukti dengan pengajaran Bahasa Melayu di semua sekolah, selain penyeragaman kurikulum dan peperiksaan. Laporan Razak dan Akta Rahman Talib telah menjadi asas pembentukan sistem pendidikan kebangsaan selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
3.6 PENGENALAN DASAR INGGERIS
Dasar yang telah dijalankan oleh pihak Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada 3 iaitu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dasar politik di tanah melayu adalah mengenai dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing dan Undang-undang buruh. Dasar imigrasi ialah berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak dan bebas. Pada tahun 1930, Inggeris telah memperketatkan dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran ke negara asal mereka. Undang-undang imigrasi pada tahun 1930 juga telah menghalang kemasukan orang asing ke Tanah Melayu. Sebelum tahun 1930 orang Inggeris telah mendapatkan tenaga buruh tanpa sekatan kerana pada masa tersebut tenaga buruh penting bagi pembangunan ekonomi perlombongan dan perladangan selain melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Jabatan perlindungan Orang Asing telah ditubuhkan bagi melindungi para buruh imigran daripada ditindas oleh para kongsi gelap atau majikan. Kewujudan jabatan perlindungan orang asing ini bermakna buruh-buruh dilindungi pemerintah Inggeris dan menunjukkan bahawa kerajaan Inggeris menggalakan kemasukan buruh asing di Tanah Melayu.
Pihak inggeris juga telah melaksanakan dasar ekonomi di Tanah Melayu iaitu dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas. Dasar ekonomi komersial telah membawa perubahan kepada sistem sara diri yang telah dijalankan secara tradisi oleh masyarakat Melayu. Ia juga telah membawa kesan terhadap pembukaan tanah dan ladang serta meningkatkan pengeluaran perlombongan bijih timah. Dasar ekonomi yang dijalankan oleh pihak Inggeris juga telah mewujudkan sistem ekonomi moden yang berasaskan tenaga buruh.
Dasar sosial yang telah dijalankan oleh Inggeris lebih tertumpu kepada dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Dasar ini merupakan tunggak utama yang menyebabkan wujudnya masyarakat Melayu. Dasar ini tidak membawa kepada perpaduan kaum bahkan dasar tersebut telah mewujudkan jurang antara kaum kerana Inggeris tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Hal ini bermaksud sukatan pendidikan antara sekolah-sekolah Melayu, Cina dan India adalah berbeza dan bagi masyarakat Cina dan India , guru diambil dari negara asal. Pada masa tersebut orang-orang Melayu tidak mendapat kemahiran dan pendidikan yang tinggi tetapi orang-orang Melayu hanya mendapat kemahiran bagi membuat kerja-kerja sara diri sahaja. Dasar yang telah dijalankan oleh orang inggeris ini sebenarnya telah menggalakkan kemasukan orang asing di Tanah Melayu. Tujuan Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing di Tanah Melayu adalah bagi menjaga kebajikan mereka dan bagi meraih keuntungan ekonomi di Tanah Melayu.
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:
DASAR POLITIK
|
· Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing,dan undang-undang buruh.
· Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.
· Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu . Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Ingeris.
· Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.
|
DASAR EKONOMI
|
· Dasar ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah.
· Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.
· Keperluan pemodenan prasara baru yang memerlukan tenaga buruh.
|
DASAR SOSIAL.
|
· Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menseragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiaif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.
· Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
|
3.7 PENENTANGAN MASYARAKAT MELAYU
Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur tangan dalam hal–ehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang Melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat Melayu setempat.
Penentangan pertama yang dilakukan ialah dengan melakukan pembunuhan pegawai Inggeris iaitu J.W.W Birch dalam peristiwa Pasir Salak di Perak hasil muafakat daripada beberapa pihak. Tindakan melampaui batas Birch yang berlawanan dengan sistem pemerintahan tradisional dan melanggar adat-istiadat orang Melayu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pembesar dan pengikut mereka. Sultan Abdullah mengarahkan Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch dan cadangan tersebut disokong oleh Raja Ismail. Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata-senjata dan keris rasmi pembunuhan kepada Dato’ Maharaja Lela dan memerintah orang-orang kampung bersatu dalam perjuangan mereka sebagai menunjukkan penentangan orang Melayu terhadap Inggeris. Pembunuhan itu dipertanggungjawabkan kepada Dato’ Maharaja Lela yang telah mengambil keputusan nekad untuk membunuh Birch walaupun pembunuhan tersebut dilakukan oleh pembunuh upahan iaitu Pandak Indut dan Seputum. Peristiwa pembunuhan ini menjelaskan kepada kita betapa marah dan kecewanya orang melayu di Perak kepada pihak Inggeris sehingga sanggup melakukan pembunuhan.
Pembunuhan Birch telah menyebabkan semangat nasionalisme kepada masyarakat Melayu. Orang-orang Melayu juga telah bertindak balas terhadap campur tangan Inggeris dengan mengangkat senjata. Perkara seperti ini bukan sahaja berlaku di kawasan Perak tetapi di negeri lain apabilanya adanya kebangkitan penentang-penentang Inggeris yang lain seperti Mat Kilau dan Dato’ Bahaman di Pahang ,Tok Janggut di Kelantan dan Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Penentangan kedua ialah dengan menjalankan kempen menggesa orang ramai supaya tidak membayar cukai dan mematuhi peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris. Hal ini terjadi di negeri Kelantan. Pengenalan sistem cukai baru yang di perkenalkan oleh pihak Inggeris bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan, tetapi turut membebankan mereka. Sistem cukai baru yang di perkenalkan oleh Inggeris merupakan suatu yang asing kepada penduduk tempatan kerana mereka diwajibkan membayar cukai tanah tanpa mengambil kira sama ada tanah itu di usahakan atau sebaliknya. Mereka juga menghadapi masalah untuk membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dan berada di daerah-daerah tertentu. Selain itu, ketegasan dan sikap kasar pegawai yang bertugas menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka yang tidak membayar cukai ditangkap atau didenda dan ada antara mereka yang dimaki hamun oleh para pegawai berkenaan dengan kata-kata kesat. Keadaan iniakhirnya mendorong Tok Janggut dan para pengikutnya menjalankan kempen dan usaha ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Penentangan lain ialah penentangan terhadap pengenalan berbagai-bagai peraturan baru yang bercanggah dengan amalan tradisi yang diperkenalkan oleh Inggeris. Hal ini berlaku di Terengganu. Pengenalan peraturan baru yang diperkenalkan termasuklah penguatkuasaan beberapa jenis cukai seperti cukai hasil, cukai tanah dan cukai binatang ternakan. Kebangkitan pertama bermula pada tahun 1922 apabila sekumpulan masyarakat pedalaman di Telemong yang di ketuai oleh Hj Abdul Rahman Limbong dengan dibantu oleh Mat Zin bin Mat Min, Hj Kia dan Lebai Deraman menentang pengenalan berbagai-bagai peraturan baru ini. Mereka bertindak membersihkan tanah dan mengambil hasil hutan tanpa mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu.Kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka dan seramai 43 orang telah ditangkap. Mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan membuka tanah dan menebas hutan tanpa kebenaran. Hal ini menyebabkan orang-orang melayu bertindak balas dengan memprotes pihak Inggeris secara intelektual. Hj Abdul Rahman Limbong telah membela orang-orang melayu dan mereka telah dibebaskan kerana Inggeris gagal membuktikan kesalahan dan memberi keputusan yang muktamad.
Penentangan yang berlaku di Pahang adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati para pembesar seperti Dato, Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau terhadap pelbagai perubahan baru yang diperkenalkan oleh Inggeris yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai tempatan dan menggugat kekuasaan para pembesar. Undang-undang yang melarang pembesar mengutip cukai , mengawal hamba abdi dan membataskan kerja-kerja kerahan dan mengadili kes-kes jenayah dan sivil di kawasan-kawasan masing-masing dilihat sebagai mengugat kekuasaan tradisi para pembesar. Dato’ Bahaman memulakan dan beberapa pembesar yang lain memulakan penentangan secara kekerasan dengan melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua dan berjaya menawan Temerloh. Penentangan semakin hebat apabila mendapat sokongan daripada seorang tokoh agama yang menyifatkan perjuangan mereka sebagai perang jihad. Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah menyerang Kuala Tembeling setelah berjaya menawan kubu Jeram Ampai pada bulan Jun 1894. Kebangkitan rakyat Pahang menentang penguasaan Inggeris mengambil masa yang panjang dan berlarutan selama 4 tahun.
Penentangan yang berlaku di Sarawak pula melibatkan tentangan daripada para pembesar tempatan seperti Rentap, Syarif Masahor dan Datu Pattinggi Abdul Gapur. Kebangkitan Rentap didorong oleh kemaraan Brooke ke kawasan orang Iban dan sebagai persediaan awal, Rentap telah membina kubu pertahanan di Sungai Skrang, Kanowit , Lingga Sarikeidan Bintulu. Pembinaan kubu-kubu ini menggangu kebebasan dan menceroboh kawasan orang Iban. Rentap dan pengikutnya meneruskan penentangan menentang pentadbiran Brooke. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke di Kuala Skrang dan berjaya membunuh seorang pegawai pasukan Brooke bernama Alan Lee. Kebangkitan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Ali Abdul Gapur pula didorong oleh tindakan Brooke yang meluaskan kawasan pentadbirannya dengan mengambil alih beberapa daerah di bawah kuasa kesultanan Brunei.Sebagai penentangan, beliau telah membuat pakatan sulit dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk menyerang kubu Brooke dan mengusirnya keluar dari Sarawak. Mereka kemudiannya membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching dan menggulinkan pentadbiran Brooke.
Penentangan terakhir berlaku di Sabah yang melibatkan tentangan para pemimpin tempatan sepeti Mat Salleh. Ianya bermula apabila pentadbiran kompeni telah campur tangan dan memasuki wilayah di bawah kekuasaan beliau. Antara tindakan pihak kompeni yang membangkitkan kemarahan Mat Salleh ialah menyerang dan membakar kampung beliau. Pada tahun 1894, para pengikut Mat Salleh membunuh 2 orang peniaga kaum Dayak dan beliau enggan menyerahkan 4 orang pengikutnya yang terlibat dan memberi perlindungan kepada mereka. Mat Salleh dan pengikutnya juga melancarkan serangan ke atas Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan sebagai menunjukkan penentangan mereka terhadap penguasaan kuasa Inggeris. Perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran kompeni yang terus memperkenalkan beberapa perubahan yang bercanggah dengan nilai-nilai tradisi mendorong seorang pemimpin bernama Antanum tampil menentang pentadbiran kompeni. Antanum menyerang Persiangan dan pejabat pegawai Daerah Rundum sebagai menunjukkan penentangan terhadap penguasaan pihak Inggeris di negeri itu.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaik kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafi kan bahawa orang Cina dan orang India telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk. Mereka terlibat secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum.
Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur tangan dalam hal–ehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang Melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat Melayu setempat.
Walaupun British tidak menguasai seluruh negeri di Malaysia, namun pengaruh terhadap corak pentadbiran British di negeri-negeri selat, telah menyerap masuk ke negeri-negeri lain yang tidak dijajah, sama ada secara paksaan ataupun ianya ditiru oleh sultan bagi memantapkan sistem pentadbiran di negeri mereka. Walau bagaimanapun tindakan tersebut telah membuka jalan kepada British untuk campur tangan secara langsung di negeri-negeri tersebut. Malah pada masa yang sama hubungan baik antara British dengan Siam juga telah memudahkan British untuk campur tangan di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Hal ini telah menyababkan negeri tersebut telah dikuasai oleh British secara rasmi menjelang abad ke-20
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Abdullah. 1981. Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1988. Sejarah dan Tamadun Islam. Teks Publishing, Kuala Lumpur.
Buyong Adil. 1973. Sejarah Melaka dalam Zaman Kerajaan Melayu. Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Hamzah Ismail dan Shahbari Salamon. 1982. Ke Arah Perlaksanaan Sistem Ekonomi Islam di Malaysia. Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah. Bangi.
Mahayudin Hj. Yahaya. 2001. Tamadun Islam Edisi Kedua. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
peristiwa kemerdekaan
- SEJARAH KEMERDEKAAN Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das. Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan. Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London. Keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan. Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak. Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).
- 2. Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun- tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962. Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. MASING-MASING hadir dengan harapan menggunung. Menjadi saksi kepada satu peristiwa penuh bererti. Yang tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan nafas terakhir. Tanggal 31 Ogos 1957. Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah kemerdekaan negara di depan mata. Tatkala Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'merdeka', bermula dengan upacara penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) diikuti pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka, semua yang hadir tidak mampu menahan air mata. Air mata yang tertumpah amat berharga bagi ‘saksi-saksi merdeka’ ini. Setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan merupakan ganjaran paling besar. Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing-masing berkampung selama berhari-hari di Stadium Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam sejarah negara itu. Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat menandingi kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana di situlah lahirnya sejarah kenegaraan Malaysia. Walaupun hampir dirobohkan suatu ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan pencinta warisan, Stadium Merdeka masih berdiri gagah sehingga ke hari ini. Wartawan S2, ROSALINDA MD.SAID, SITI NURAZLINA JAMALUDIN dan AZIZI MAJID berusaha menjejaki semula individu-individu yang menjadi saksi di Stadium Merdeka bagi menghuraikan pengalaman indah mereka melakar detik-detik bersejarah negara.
- 3. SEJARAH KEMERDEKAAN SEJARAH MERDEKA TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi. Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat. Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
- 4. Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia. MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat. Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta. Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui beberapa peristiwa.
- 5. KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN 27 Julai 1955 Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut. 1O Ogos 1955 Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. 18 Januari – 6 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London. 8 Februari 1956 Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka 21 Mac 1956 Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 28 – 29 Disember 1956 Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). 30 Ogos 1957 Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan. 31 Ogos 1957 Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
- 6. Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti- British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut: 1. Penghulu Dol Said di Naning, 2. Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti 3. Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, 4. Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor 5. Sultan Abdullah di Perak, 6. Dato’ Bahaman, 7. Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, 8. Tok Janggut di Kelantan, 9. Raja Mahadi di Selangor, 10. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, 11. Tok Moris, Tunku Kudin 12. Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, 13. Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta 14. Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
- 7. Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke- 20. Antaranya, 1. Sheikh Tahir Jalaluddin, 2. Syed Sheikh Al-Hadi, 3. Sheik Muhammad Akil, 4. Sheikh Awad Saidin 5. Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan. Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti: 1. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2. Harun Muhammad Amin, 3. Abdul Hadi bin Hassan, 4. Burhanuddin Al-Helmi dan (Tokoh PAS yang terlibat sama menuntut Merdeka) 5. Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.
- 8. Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’. Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahmandilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan 'Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, "cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita daripada naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”. Ringkasan Sejarah dan aliran langkah ke arah mencapai kemerdekaan:
- 9. 1. Persidangan Malaya Merdeka Di London 2. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 3. Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir, Melaka 4. Suruhanjaya Perlembagaan REID 5. Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London 6. Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama 7. Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu 8. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di Tandatangani 9. Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka 10. Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu Diluluskan 11. Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka 12. Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara Kemerdekaan 13. Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan 14. Perasmian Stadium Merdeka 15. Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka 16. Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor 17. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu 18. Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957 Sumber : Arkib Negara
- 10. JALUR GEMILANG KIBARKAN JALUR GEMILANG SEJARAH BENDERA MALAYSIA Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh semangat nasionalisme. Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud tertentu.
- 11. a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen paling penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan. c) Merah membawa maksud keberanian. d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia. KEPENTINGAN JALUR GEMILANG Setiap rakyat Malaysia berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan syarat bendera itu dikibarkan mengikut arahan / panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat, masa, kedudukan, saiz dan susunan. Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah cara mengibar, melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera. Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera. Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di tempat yang tertutup. Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah negara. Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus negara tetapi memijak lumat martabat dan maruah negara.
- 12. TEMA DAN LOGO Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga kini. Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976 1970 MUHIBAH DAN PERPADUAN 1971 MASYARAKAT PROGRESIF 1972 MASYARAKAT ADIL 1973 MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA 1974 SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN 1975 MASYARAKAT KERDIKARI 1976 1976 KETAHANAN RAKYAT
- 13. Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan negara.Tema “KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung bagi melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia. 1977 20 TAHUN BERSATU MAJU Logo ini bertema “20 TAHUN BERSATU MAJU” . Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula melambangkan lima prinsip Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah. 1978 KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo
- 14. ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu. 1979 BERSATU BERDISIPLIN Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip- prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan. 1980 BERDISIPLIN BERBAKTI Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang
- 15. ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin. 1981 BERDISIPLIN BERHARMONI Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan. 1982 BERDISIPLIN GIAT MAJU Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.
- 16. 1983 BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai- bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara. 1984 AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985 Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.
- 17. 1985 NASIONALISME TERAS PERPADUAN Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara. 1986 BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.
- 18. 1987 SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian . Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. 1988 BERSATU Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.
- 19. 1989 BERSATU Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak- petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi. 1990 BERJAYA Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
- 20. 1991 WAWASAN 2020 Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur- jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020. 1992 WAWASAN ASAS KEMAJUAN Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’ yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara ‘maju’ dimasa depan.
- 21. 1993 BERSATU MENUJU WAWASAN Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia. 1994 NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
- 22. 1995 JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna- warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020. 1996 BUDAYA PENENTU KECAPAIAN Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
- 23. 1997 AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan negara. 1998 NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan negara.
- 24. 1999 BERSATU KE ALAF BARU Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara. 2000-2006 KERANAMU MALAYSIA Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud vision atau wawasan.
- 25. 2007 MALAYSIAKU GEMILANG Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. 2008 PERPADUAN TERAS KEJAYAAN Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
- 26. 2009 RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. 2010 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. 2011 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang
- 27. saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. MUTIARA KATA Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke manakah tumpah harapan mereka Kerana, Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beza lebuhkan menerima Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke manakah tumpah harapan mereka Kerana, Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beza lebuhkan menerima Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia - Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
- 28. Tun Abdullah Ahmad Badawi Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipat gandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara. Cemerlang, Gemilang, Terbilang ...Kerja bersama saya dan bukan untuk saya... ...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang- pejuang kita yang terdahulu.Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.Mahathir telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini... -Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia (2003-April 2009) Tun Dr. Mahathir Mohamad Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka. Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai." Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu "Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup. Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan. Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini. Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah semula. Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai.
- 29. Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan. Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil. ...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara... Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di Malaysia. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri. Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita. Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya. ..Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara... - Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (1981-2005 Tun Hussein Onn Seseorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan.. Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti dan perjuangan sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada sesuatu suasana atau krisis untuk menangguk di air keroh. Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata.
- 30. ...Tuan-tuan sekelian, akhirnya sayasuka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu tuan tuan juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita... Tun Hussien Onn Perdana Menteri Malaysia (1976-1981) Tun Abdul Razak ...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga- jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia.... Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha- usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya. Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman. Tun Abdul Razak Dato' Hussein Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)
Langgan:
Catatan (Atom)